Soalan Lazim (FAQ)

Kemaskini pada

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi kami di talian 05 - 255 5945 / 5946 untuk bantuan atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Soalan : Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan?
Jawapan : Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan melalui laman web rasmi kami iaitu www.yayasanbinaupaya.com atau datang ke pejabat kami di Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 05 - 255 5945 / 5946 atau emel kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Soalan : Apakah produk-produk pembiayaan yang terdapat di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan?
Jawapan : Di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, kami menyediakan beberapa jenis produk pembiayaan seperti:
Soalan : Apakah fungsi Jabatan Transformasi Minda?
Jawapan : Terdapat 4 objektif utama di dalam Jabatan Transformasi Minda iaitu:

  1. Memberikan tumpuan jangka panjang kepada transformasi minda masyarakat keterbawahan.
  2. Menggarap transformasi minda yang diharapkan dengan pendekatan yang lebih praktikal.
  3. Mengalakkan golongan miskin meneroka potensi diri masing-masing supaya dapat mengenalpasti kekuatan diri.
  4. Membawa arus perubahan minda golongan keterbawahan lantas keluar dari kepompong kemiskinan.

Soalan : Saya berminat dengan Skim Latihan Automotif Amanjaya, bagaimana cara untuk saya mendaftar?
Jawapan : Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan ada menyediakan satu Skim Latihan Automotif Amanjaya bagi belia-belia yang berminat. Belia yang berjaya akan ditempatkan di tempat yang bersesuaian mengikut pengurusan program. Sijil akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Borang permohonan akan dikeluarkan selepas program ini dibuka bagi tahun terkini.

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Jumaat 17 Mac 2017, 01:18:34. | Jumlah Pelawat : 1504655