Ar Rahnu Pajak Gadai Islam

Kemaskini pada

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Januari 1985 bersetuju pada dasarnya dengan Rancangan Penubuhan Pajak Gadai Islam YaPEIM dan Bank Negara Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Skim pada tahun 1992 bagi merealisasikan penubuhan Pajak Gadai Islam.

Antara objektif Ar Rahnu adalah:-
  • Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan tunai melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak.
  • Menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil- kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangun sosio ekonomi ummah


1. KAEDAH PENGUJIAN EMAS

Ar Rahnu YaPEIM memperkenalkan teknologi terkini mengunakan teknik Mesin XRF Spectrometer sebagai inovasi dalam pengujian ketulenan emas. Ar Rahnu YaPEIM merupakan pelopor di Malaysia yang menggunakan Mesin XRF Spectrometer sebagai peralatan pengujian emas.

Kelebihan:-
  • Teknik Analisis yang tidak memusnahkan sampel.
  • Hasil Pengujian – Tepat, cepat (25saat setiap bahagian) dan keputusan segera.
  • Melengkapkan prosedur kerja dan laporan pengujian boleh dicetak.
  • Mengelakkan risiko kesilapan manusia dan mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran manusia.


2. KELAB MASA (Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu YaPEIM)

Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu YaPEIM (Kelab Masa) diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar Rahnu yang benar-benar memanfaatkan Ar Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil kecilan seterusnya memajukan diri dan keluarga.


3. HARGA EMAS SEMASA


Harga Emas YaPEIM dikira mengikut perbezaan Harga Syiling Kijang Emas Bank Negara dengan Harga Emas Persatuan Penjual Emas. Harga Emas YaPEIM juga berubah-ubah mengikut situasi ekonomi semasa.





Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Khamis 04 Mei 2017, 08:37:51. | Jumlah Pelawat : 1506982