Pengenalan YBU Ar Rahnu

Kemaskini pada

LATAR BELAKANG AR RAHNU YBU YAPEIM, IPOH & AR RAHNU YBU YAPEIM UTC, IPOH

  • Projek usahasama antara Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk menawarkan perkhidmatan Ar Rahnu di Negeri Perak.
  • Perkhidmatan ini bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan kemudahan mikro kredit secara mudah dan cepat bagi meningkatkan pendapatan, kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil-kecilan dan sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan tunai secara cepat dan sementara melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak.
  • Ia adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Perak melalui Gagasan Perak Amanjaya yang ingin melihat masyarakat Perak mendapat agihan manfaat ekonomi yang seimbang dan mampu menambah baik taraf kehidupan mereka.

MISI

Membangun ummah melalui budaya beramal Jariah (Membangun masyarakat melalui pemyempurnaan tanggungjawab sosial)

 

WAWASAN

Menjadi sebuah institusi pembangunan sosioekonomi yang utama dan mantap serta mampu berperanan meningkatkan martabat dan kualiti ummah menjelang 2020

 

FALSAFAH

Institusi berteraskan Amal Jariah bagi menangani cabaran dan keperluan semasa umat dan Negara.

 

PENGENALAN

  • Terdapat 2 cawangan Ar Rahnu YBU YaPEIM iaitu ( Ar Rahnu YBU YaPEIM dan Ar Rahnu YBU YaPEIM UTC PERAK )
  • Pusat Ar Rahnu YBU YaPEIM, Ipoh merupakan sebuah Pusat Pajak Gadai Islam yang dibuka pada 6 Oktober 2011 dan beralamat di No, 179 Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.
  • Pusar Ar Rahnu Yapeim YBU YaPEIM UTC, Ipoh pula dibuka pada 31 Januari 2013 dan beralamat di UTC 6 (LB 37), Pusat Transformasi Bandar (UTC), UTC Perak, Off Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Perak Darul Ridzuan.
  • Sehingga 30 November 2014, seramai 3,862 orang telah menggunakan perkhidmatan Mikrokredit Ar Rahnu bagi kedua-dua Pusat Ar Rahnu YBU-YaPEIM Ipoh & Ar Rahnu YBU-YaPEIM UTC.
  • Ianya berkonsepkan syariah Ar Rahnu, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.
  • Ar Rahnu adalah mekanisma dimana satu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pinjaman tersebut tidak dapat dijelaskan.
  • Al Wadiah Yad Dhamanah adalah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
  • Al Qard adalah merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun.


WAKTU OPERASI


 
AR RAHNU YBU YaPEIM JSIS=  
WAKTU OPERASI : 9.00A.M- 4.30P.M
                           ISNIN-JUMAAT
REHAT: JUMAAT 12.30P.M-2.30P.M
AR RAHNU YBU YaPEIM UTC=
WAKTU OPERASI : 9.00P.M-9.00P.M
                            ISNIN-AHAD

REHAT : JUMAAT 12.15P.M-2.45P.M
            ISNIN-AHAD 7.00P.M-8.00P.M



OBJEKTIF & SASARAN


Objektif

  • Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan tunai secara cepat dan mudah melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak.
  • Kemudahan mikrokredit secara mudah dan cepat kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah sebagai modal perniagaan secara kecil-kecilan dan aktiviti lain yang produktif.
  • Menambah baik taraf-kehidupan masyarakat khususnya di Negeri Perak untuk mandapat agihan manfaat ekonomi yang seimbang yang selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Perak melalui Gagasan Perak Amanjaya.

Kumpulan Sasar

Kumpulan Sasar dikategorikan kepada 3 kumpulan:-

  • Peniaga-peniaga atau usahawan kecil
  • Golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  • Golongan yang tidak layak mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan (non-bankable)

 

PEMBIAYAAN PINJAMAN

Ar Rahnu YBU YaPEIM menawarkan perkhidmatan pembiayaan pinjaman sebanyak 65% (bagi gadaian kali pertama) sehingga 70% (bagi gadaian kali kedua dan seterusnya) daripada nilai emas (marhun). Jumlah pembiayaan maksimum terkumpul sehingga RM75,000.00 seorang dengan RM25,000.00 pembiayaan setiap transaksi.

JENIS BARANG GADAIAN

  • Emas 999
  • Emas 950
  • Emas 916
  • Emas 875
  • Emas 835
  • Emas 750
  • Emas 700 (Emas Putih)
  • Emas 750 (Emas Putih)

HARGA EMAS SEMASA YBU-YaPEIM

 STANDARD EMAS  NILAI SATU GRAM
 (RM)
 999  195.00
 950  186.00
 916  179.00
 875  171.00
 835  163.00
 750  147.00
 700 (EMAS PUTIH)  104.00
     750 (EMAS PUTIH)                140.00           

 

UPAH SIMPAN

  • Kadar upah simpan terkini:-

 

*Kadar Khas

RM 0.10

RM0.01 dan ke atas

 (MENGIKUT BERAT DAN MUTU EMAS )

*SERENDAH 3 SEN

 

SETIAP 100.00 NILAI MARHUN

*tertakluk kepada terma dan syarat

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Jumaat 17 Mac 2017, 01:18:34. | Jumlah Pelawat : 1504655