Skuad IBU

Kemaskini pada

SKUAD IKON BINA UPAYA (I.B.U)

TUJUAN PENUBUHAN:
Mewujudkan satu kumpulan berkaliber yang sentiasa bersedia untuk bersama-sama YBUDR di dalam program-program komuniti samada berbentuk kemasyarakatan atau bantuan bencana.

MATLAMAT:
Di bawahtunjang "Pembangunan Masyarakat" dangagasan "Perak Amanjaya", Skuad I.B.U ini bermatlamat untuk member kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam menggalakkan kesejahteraan hidup mereka yang memerlukan tanpa mengira perbezaan bangsa, budaya dan agama.

Penglibatan sukarelawan skuad I.B.U di dalam program-program anjuran YBUDR bukan sahaja dapat memupuk semangat sukarelawan dan keprihatinan terhadap golongan keterbawahan tetapi juga dapat membantu membina upaya masyarakat secara tidak langsung melalui perkongsian pengalaman, bantuan tenaga dan pertukaran maklumat.

HALA TUJU:
  • Adalah menjadi hasrat YBUDR agar Skuad I.B.U menjadi "mata dan telinga" kepada YBUDR dalam membantu golongan keterbawahan.
  • Peranan yang dimainkan oleh Skuad I.B.U diiktiraf dan dihargai masyarakat sebagai satu kumpulan sukarelawan yang menjalankan tugasan dengan penuh rasa kemanusiaan dan integriti.
  • Skuad I.B.U turut berpeluang melebarkan tugasan kesukarelawan ke peringkat Antarabangsa

Skuad I.B.U ini mempunyai peranan yang sama dengan kebanyakan pergerakan atau persatuan sukarelawan yang lain Cuma penumpuan diberi kepada usaha membina upaya golongan keterbawahan khususnya di dalam negeri Perak Darul Ridzuan.

Ini dapat dilihat melalui penglibatan mereka di dalam program-program anjuran YBUDR yang member focus kepada isu-isu kemiskinan seperti bantuan baik-pulih rumah, bantuan makanan dan program-program pendidikan.

SEJARAH:
Penubuhan Skuad Sukarelawan Ikon Bina Upaya (I.B.U) telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak ketika Program Asas Sukarelawan diadakan di Pulau Pangkor pada 26hb November 2010 dengan catatan anggotanya seramai 80 orang. Seterusnya, pendaftaran sukarelawan telah diperluaskan dengan kemudahan pendaftaran secara atas talian.

Diawal penubuhannya, Skuad Sukarelawan I.B.U. telah melantik YB Keshminder Singh sebagai Duta Sukarelawan Skuad I.B.U pada bulan April 2010 sehinggalah 2012.
Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Jumaat 17 Mac 2017, 01:18:34. | Jumlah Pelawat : 1504655