Unit Latihan dan Kolaborasi

Kemaskini pada


Unit Latihan dan Kolaborasi (ULDK)

Unit Latihan dan Kolaborasi (ULDK) berperanan memberi peluang kepada sektor korporat untuk bersama YBUDR dalam penganjuran program berkonsepkan pembangunan masyarakat. Pelbagai agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) IPTA, IPTS, sekolah, persatuan penduduk (kampung dan taman) adalah antara yang sering mengemukakan permohonan kolaborasi penganjuran program bersama YBUDR. Aktiviti yang dianjurkan seperti kemahiran gubahan bunga, pembuatan kek dan roti, kraftangan, bengkel motivasi, kursus pembangunan diri sentiasa diadakan sesuai dengan kumpulan sasar seperti Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), Keluarga Miskin, Pelajar Sekolah dan Anak Yatim. Projek Latihan dan Kolaborasi terbuka kepada Korporat Ehsan dengan harapan lebih ramai lagi anggota masyarakat dapat menyertai untuk memajukan diri masing-masing.
Oleh itu, kewujudan Jabatan Transformasi Minda amat penting dalam mengubah destini masyarakat keterbawahan secara keseluruhannya melalui pendekatan yang lebih teliti atau lebih mendalam. Keprihatinan semua pihak juga perlu dalam mengurangkan kadar kebergantungan serta membasmi kemiskinan di negeri Perak khususnya.



OBJEKTIF UNIT
  • Menjalin hubungan baik serta kerjasama dengan agensi kerajaan,NGO,swasta dan lain-lain kearah membina upaya masyarakat keterbawahan di negeri Perak.

  • Memupuk semangat kerjasama dan kolaborasi ini penting sebagai langkah dalam membasmi kemiskinan agar semua pihak terlibat dapat dalam menyelami kehidupan mereka yang memerlukan.

  • Menyelia dan menyelaras program-program kerjasama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan lantas dapat mentransformasi minda kumpulan sasar Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

  • Memberi serta menyampai maklumat dan idea-idea kepada rakan tajaan dalam membasmi kemiskinan lantas dapat mempromosi syarikat-syarikat yang menjadi penaja utama.

  • Membantu masyarakat keterbawahan dalam menghadapi pembangunan negeri Perak dalam mentransformasi minda.

  • Memberi peluang untuk mereka lebih berani dan mengurangkan sifat malu dalam diri yang menebal supaya dapat lebih berdaya saing untuk maju ke hadapan.

  • Mengurangkan jurang perbezaan kumpulan yang bawah, sederhana dan kaya di negeri Perak.

Selain itu juga, unit ini berperanan dalam mengubah minda dan memberi peluang kepada golongan kumpulan sasar untuk lebih berdaya saing serta mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Pelbagai kursus dan program dilaksanakan seperti kursus bagi peminjam Mikro Kredit dan kursus motivasi kepada bagi ibu tunggal, belia, pelajar dan lain-lain. Disamping itu, kursus bagi peminjam Mikro Kredit terbahagi kepada beberapa pengkhususan, antaranya Kursus Asas, Kursus ’Advance’, Kursus ’Success’ dan sesi kaunseling.
Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Khamis 04 Mei 2017, 08:37:51. | Jumlah Pelawat : 1506981