Program Skim Latihan Automotif Amanjaya

Kemaskini pada



Program Skim Latihan Automotif Amanjaya (S.L.A.A.) merupakan program latihan jangka masa pendek dan alternatif kepada pelatih untuk medapatkan Latihan/Kemahiran. Pelatih akan diberi latihan kemahiran secara langsung oleh pengusaha bengkel terpilih dengan menggunakan kemudahan bengkel dan kelengkapan teknikal.


Program SLAA ini merupakan ilham daripada Sdra Khairul Azwan Harun pada November 2012 dan telah dilancarkan pada 11 November 2012. 



OBJEKTIF

1. Menyediakan peluang latihan/kemahiran lebih meluas kepada pelatih lepasan sekolah untuk mendapatkan kemahiran asas bagi membolehkan mereka meneruskan latihan lanjutan atau memasuki pasaran kerjaya

2. Mengoptimumkan segala kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga manusia untuk faedah pelatih dan masyarakat setempat

3. Untuk mempertingkatkan bilangan tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan pasaran semasa

4. Menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi belia untuk meraih ilmu dan kemahiran yang bersesuaian

5. Mempromosi bidang permotoran yang kian popular dalam kalangan belia masa kini



KAEDAH PELAKSANAAN
 


Pelatih yang terpilih akan ditempatkan secara sepenuh masa di bengkel-bengkel automotif yang ditentukan oleh pihak YBUDR. Pihak pengusaha bengkel bertanggungjawab sepenuhnya melatih pelatih mengikut tempoh pensijilan yang ditetapkan.


PENSIJILAN


Pelatih akan dianugerahkan sijil tamat kursus yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mengikut tahap dan pecapaian yang dikehendaki


SYARAT - SYARAT

Belia yang berumur 17 - 36 tahun
Mempunyai kemahiran membaca dan menulis

Syarat - syarat lain mengikut keperluan kursus contoh tidak buta warna atau tiada kecacatan anggota

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Khamis 04 Mei 2017, 08:37:51. | Jumlah Pelawat : 1506982