Bantuan Perumahan Ibu (Bina Baru & Baikpulih)

Kemaskini pada

LATAR BELAKANG PROGRAM


Membinaupaya semula kumpulan golongan keterbawahan dengan mewujudkan rumah mampu milik yang lebih selesa sebagai tempat tinggal tanpa mengira batasan agama, kaum dan latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dan menikmati kehidupan asas yang berkualiti dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan secara lebih bersungguh dan sistematik selaras dengan gagasan 1Malaysia dan Perak Amanjaya.

 

OBJEKTIF

1. Memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati faedah yang diperoleh daripada inisiatif  pembangunan dan keperluan mereka dapat dipenuhi dengan adil dan seimbang.
2. Mewujudkan kehidupan keluarga yang lebih harmoni.

 

SYARAT ASAS KELAYAKAN

  1. Golongan E-Kasih / Berkelayakan
  2. Warganegara Malaysia dan berkahwin
  3. Berumur antara 45 tahun ke atas dan menetap di dalam negeri Perak
  4. Status tanah kediaman adalah secara sendiri/ Kebenaran menduduki dari kesemua penama (bagi Bina Baru)
  5. Status pemilikan rumah sendiri (bagi Baik Pulih)
  6. Belum pernah menerima apa-apa bantuan perumahan dari agensi lain

SKOP BANTUAN PERUMAHAN IBU


1. Baik Pulih

  • Penerangan:

Skim Infra Baik Pulih dihulurkan bagi kes seperti kerosakan akibat bencana alam dan lain-lain.



2. Bina Baru

  • Penerangan:

Skim Infra Bina Baru ini khusus kepada golongan keterbawahan yang mempunyai rumah yang usang/daif atau rumah yang tidak selamat untuk diduduki dimana. Terdapat  tiga kategori dalam pembinaan rumah baru iaitu:

  • Pembinaan rumah baru 3 bilik (saiz 20’ x 32’)
  • Pembinaan rumah baru 2 bilik (saiz 20’ x 22’)
  • Pembinaan rumah baru 1 bilik (saiz 20’ x 17’)

                                                Reka Bentuk Rumah 1 Bilik

              Reka Bentuk Rumah 2 Bilik

  
            Reka Bentuk Rumah Ibu 3 Bilik



                   KES BINA BARU 1 BILIK



               KES BINA BARU 3 BILIK

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Jumaat 17 Mac 2017, 01:18:34. | Jumlah Pelawat : 1504655