MAJLIS PENYERAHAN KUNCI SKIM RUMAH INFRA BINA UPAYA (IBU)

Kemaskini pada

YBUDR 25 April 2017 - Fokus YBUDR ialah membantu Kerajaan Negeri menangani isu - isu kemiskinan di negeri Perak. Sasaran utama YBUDR ialah Miskin, Miskin Tegar dan Mudah Miskin yang merentasi batasan Agama, Kaum, Latar Belakang Masyarakat dan Idealogi Politik.

Bertepatan dengan slogan Negeri Perak "Tiada tertinggal, tiada terpinggir", YBUDR juga membantu dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan perhatian. Dengan itu kesaksamaan dan kemakmuran ekonomi juga keadilan sosial dapat dinikmati oleh semua.

Oleh yang demikian, satu majlis penyerahan kunci Skim Rumah Infra Bina Upaya (IBU) telah berlangsung di Menglembu,Ipoh. Penyerahan kunci rumah tersebut dihadiri oleh En. Hairul Anwar Mohamed Noor, Ketua Pegawai Operasi YBUDR, serta YB. V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah.

Semoga dengan penerimaan Skim Rumah Infra Bina Upaya (IBU) ini dapat memberikan sinar baru dalam kehidupan & sudah menjadi amanat dan tanggungjawab YBU untuk membasmi kemiskinan dalam membantu keupayaan rakyat di Negeri perak.




Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Khamis 04 Mei 2017, 08:37:51. | Jumlah Pelawat : 1506981