LAWATAN KERJA RASMI YAB MENTERI BESAR PERAK KE PEJABAT UTAMA YBUDR

Kemaskini pada

YBUDR 27 Febuari 2017 - Penubuhan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) telah melakar kejayaan terutama dalam meningkatkan taraf hidup golongan bawahan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan bertempat di Pejabat Utama YBUDR, menyatakan rasa bangga dan gembira dengan perancangan dan program yang dilaksanakan oleh YBUDR sepanjang beroperasi selama tujuh tahun.

“Hari ini kita menyaksikan mereka yang kita beri bantuan khususnya bantuan mikro kredit , dan kita dapat lihat contoh-contoh kejayaan mereka hasil daripada usaha yang dilaksanakan melalui YBU dan bantuan yang diberikan dalam usaha kita (YBU) ingin keluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan,” ujar beliau.

Pada lawatannya kali ini juga, beliau dipertemukan dengan 10 Usahawan YBUDR yang kini telah mencapai tahap kehidupan yang berjaya dan lebih selesa terutama dari aspek pendapatan perniagaan mereka.

“Hari ini mereka dibawa jumpa dengan saya dan saya dengar sendiri (cerita kejayaan) daripada mereka .

“Saya juga amat terpegun apabila daripada 10 orang dipanggil ini ada empat orang adalah anak muda yang belum kahwin tetapi sudah berjaya.

“Saya harap mereka yang berjaya ini menjadi inspirasi kepada yang lain dan dapat beri panduan dan membimbing kepada peminjam mikro kredit yang lain,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang juga selaku Pengerusi YBUDR.

Tambahnya lagi, beliau akui dengan masalah peminjam yang tidak membuat bayaran balik pinjaman, tetapi dalam hal ini pihak YBUDR melihat bahawa hasil lebih besar diperoleh apabila bilangan penerima yang berjaya lebih ramai.

“Matlamat kita adalah untuk keluarkan mereka daripada kemiskinan, mereka yang perlu ubah kehidupan mereka,” jelasnya lagi.

Dari segi jenis bantuan, YBUDR menawarkan lima jenis skim iaitu Skim Pinjaman I.B.U, Skim Transformasi Kedai Runcit, Skim Pembayaran Kluster Ekonomi Keluarga Amanjaya, Skim Mikro Kredit Amanjaya Belia Niaga dan YBU Kiosk Amanjaya.

Dr. Zambry berkata, YBU telah menjadi model dan ikutan, bukan sahaja di kalangan negeri-negeri lain, malah juga negara luar mengenai usaha berkesan kerajaan negeri Perak menangani masalah miskin tegar.

 Sumber Rujukan : Suara Perak

 

 5d40b712-0e8c-4a00-b859-b44bb9bf7a98-300x199.jpg - 13.81 kb

5e610079-9492-475a-b73e-d774faf6052f-300x199.jpg - 19.66 kb

17f1166f-c7ee-4289-a782-0c9f5fa79ab8-300x199.jpg - 17.34 kb

 

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Selasa 13 Jun 2017, 01:51:42. | Jumlah Pelawat : 1519015