PROGRAM BACK TO SCHOOL 2017 (TLDM LUMUT)

Kemaskini pada

YBUDR 5 Disember 2016 – Majlis penyerahan bantuan persekolahan Program Back To School telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan M. Sidek Shahbudin, KD Pelanduk, Pengkalan TLDM Lumut.

Majlis ini merupakan kesempatan kepada peneraju utama iaitu PLUS Malaysia Berhad menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dalam membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan bagi sesi persekolahan baharu di tahun 2017.

Seramai 600 orang pelajar telah dipilih sebagai penerima iaitu 300 orang pelajar daripada Dun Pangkor dan 300 orang anak-anak TLDM, daripada pelbagai peringkat sekolah rendah dan menengah, bangsa dan latar belakang keluarga. Antara barangan yang diterima adalah pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan seluar sukan yang disumbangkan oleh PLUS dengan peruntukan sebanyak RM 1.3 juta. Sementara Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) turut menyumbang beg sekolah, stoking, bekas pensil dan bekas air kepada para pelajar.

Jalinan kerjasama di antara syarikat korporat dan kerajaan negeri Perak seperti ini adalah diharapkan dapat membawa nafas positif kepada perancangan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Malah, kerajaan negeri amat mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat untuk tampil membantu anak watan negeri Perak dalam pelbagai aspek pembangunan social ekonomi mahupun modal insan sepertimana yang dilakukan oleh pihak PLUS.

Turut hadir, Y.A.B Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir & Isteri, Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli, Y. Bhg. Dato’ Noorizah Haji Abd. Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Malaysia Berhad dan Dato Ismail Saffian, Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.




Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Selasa 13 Jun 2017, 01:51:42. | Jumlah Pelawat : 1519015