MAJLIS PENYERAHAN KUNCI & PENERIMAAN RUMAH INFRA BINA UPAYA (IBU)

Kemaskini pada

YBUDR 27 Oktober 2016 – Dalam mencapai hasrat membantu golongan keterbawahan di Negeri Perak, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) sekali lagi tampil dalam memberikan bantuan perumahan Infra Bina Upaya (IBU) kepada sebuah keluarga India bertempat di Kampung Baru Pekan Trolak, Slim River.

Penerima Kunci Rumah Infra Bina Upaya (IBU) tersebut, En. Krishnan A/L Goval, bantuan Rumah Infra Bina Upaya (IBU) ini bagi menggantikan rumah beliau yang terbakar pada bulan Jun yang lalu. Kos keseluruhan pembinaan rumah ini bernilai RM 40,000 dan hanya mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan sepenuhnya dan bersedia untuk didiami.

ADUN kawasan Slim, YB. Dato Khusairi berkata, “Dengan bantuan daripada YBUDR, ini bukanlah kali pertama bantuan rumah seumpama ini dibina dikawasan ini dan rumah berkenaan juga diperolehi tanpa perlu bayaran balik oleh En. Krishnan sekeluarga”.

Keluarga berkenaan turut menerima bantuan kotak makanan daripada pihak YBUDR dan penyerahan kunci rumah tersebut disampaikan oleh YB. Dato Mohd Khusairi Bin Abdul Talib, ADUN kawasan Slim. Turut hadir, En. Hairul Anwar Mohammed Noor, Ketua Pegawai Operasi YBUDR.

Penyerahan kunci rumah tersebut secara tidak langsung bakal menceriakan keluarga tersebut sempena kedatangan perayaan Deepavali yang bakal menjelang.

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Selasa 13 Jun 2017, 01:51:42. | Jumlah Pelawat : 1519015