SHOPPING RAYA DEEPAVALI YBUDR - M.I.C DI MYDIN MERU

Kemaskini pada

YBUDR 22 Oktober 2016 - Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) julung kali menganjurkan 'Shopping Deepavali' bersama Malaysia India Congres (MIC) bahagian Ipoh Barat bagi meraikan anak-anak yatim bertempat di Mydin Meru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR, Datuk Ismail Saffian bantuan segera sempena perayaan Deepavali seperti ini akan memungkinkan pihaknya untuk meneruskan penganjurannya pada masa akan datang.

"YBUDR terpanggil untuk beri sumbangan kepada anak yatim ini supaya mereka dapat raikan Deepavali seperti orang-orang lain.

"Walaupun sedikit (sumbangan) tetapi saya percaya ia bantu anak-anak yatim ini gembira.

"Kita mungkin akan anjurkan program ini tiap-tiap tahun dan mungkin menambah bilangan penerima," katanya ketika ditemui pemberita di pusat membeli belah Mydin, Ipoh pada hari ini. Pihak Mydin juga turut terlibat secara tidak langsung dalam menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim tersebut.

Sumbangan berbentuk pakaian Deepavali diberikan kepada 20 penerima dan Dato Ismail Saffian berkata, pada peringkat awal jumlah penerimanya terpaksa dihadkan namun berhasrat menambah bilangannya pada masa akan datang.

Bersempena dengan sambutan Deepavali yang akan menjelang tiba, YBUDR telah mengedarkan 10,000  bantuan kotak makanan kepada masyarakat India yang memerlukan dan ia diagihkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, wakil rakyat serta kawasan-kawasan parlimen.

Sementara itu, Ketua Bahagian MIC Ipoh Barat, Datuk G. Rajoo berterima kasih kepada YBUDR atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan 'Shopping Deepavali' berkenaan.

"Kita berharap program ini diteruskan pada masa akan datang. Tahun ini kita mulakan dan beri peluang kepada mereka (anak yatim).

"MIC Ipoh Barat mengucapkan terima kasih kepada YBUDR dan Menteri Besar dengan bantuan yang diberikan ini,' ujar Datuk Rajoo.

Sumber Rujukan : Perak BN

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Selasa 13 Jun 2017, 01:51:42. | Jumlah Pelawat : 1519015