MAJLIS PENYERAHAN SURAT KELULUSAN SKIM RUMAH INSAN AMANJAYA

Kemaskini pada

YBUDR 21 Oktober 2016 : Satu majlis penyerahan surat kelulusan Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) telah diadakan bertempat di Dewan Utama YBUDR.  Seramai 4 penerima rumah berkenaan telah dijemput untuk menghadiri penerimaan surat kelulusan skim rumah tersebut.

Oleh yang demikian, Kerajaan Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) telah meluluskan sebanyak 538 permohonan rumah membabitkan peruntukan sebanyak RM39 juta melalui Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) sejak ia dilaksanakan empat tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR, Datuk Ismail Saffian, berkata sehingga kini, sebanyak 370 rumah berkenaan sudah dibina.

Katanya, skim itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan yang memiliki tanah, membina rumah dan penerima bantuan perlu membayar balik secara bulanan dengan jumlah bayaran yang berpatutan.

"Sebanyak 538 permohonan rumah membabitkan peruntukan sebanyak RM39 juta diluluskan melalui skim itu dan seramai 136 penerima adalah daripada mereka yang tersenarai dalam eKasih.

"Bagaimanapun, bilangan ini kecil berbanding dengan 3,109 permohonan yang diterima, tetapi ia tidak diluluskan kerana tidak cukup syarat serta mempunyai masalah berkaitan tanah," katanya.

Dato Ismail berkata, setakat ini, bayaran balik pinjaman itu memberangsangkan dan mencapai hampir 90 peratus.

Beliau berkata, rumah yang dibina mempunyai tiga bilik tidur dan kos pembinaan bermula dari RM52,000 hingga RM62,000 seunit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat kelulusan perumahan SRIA kepada empat penerima di Pejabat YBUDR.

Sumber Rujukan : Berita Harian

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Selasa 13 Jun 2017, 01:51:42. | Jumlah Pelawat : 1519015