PROGRAM ASYURA PERDANA MALAYSIA - THAILAND 2016

Kemaskini pada

YBUDR 13 Oktober 2016 – Bagi mengeratkan lagi hubungan baik diantara dua buah Negara Asean iaitu Malaysia – Thailand, satu aktiviti telah diadakan iaitu Program Asyura Perdana Malaysia – Thailand yang berlangsung di Arena Square Pengkalan Hulu.

Program memasak bubur asyura ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat ADUN Pengkalan Hulu dan Daerah Betong tersebut turut melibatkan kakitangan YBUDR serta masyarakat sekitar Pengkalan Hulu. Penyerahan bubur asyura ini telah diagihkan kepada wakil-wakil Rumah Anak Yatim di sekitar Pengkalan Hulu, Sekolah Pondok Pak Teh dan juga orang awam.

Program berkenaan dirasmikan sendiri oleh Ybhg. Dato Ismail Saffian , Ketua Eksekutif YBUDR serta turut dihadiri oleh YB. Dato Hj. Hasbullah Bin Osman, Ahli Parlimen Gerik, En. Dumrong Deesakul, Pegawai Daerah Betong, En. Mohd Noor Bin Mohd Amin , Ketua Pemuda Bahgian Baling, dan YB. Hj. Aznel Bin. Haji Ibrahim, ADUN Pengkalan Hulu.

Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
Tel: 05 - 255 5945 / 5946 Faks: 05 - 255 5941
E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Kemaskini Terakhir : Selasa 13 Jun 2017, 01:51:42. | Jumlah Pelawat : 1519015