logo yayasan bina upaya darul ridzuan

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan

Membasmi Kemiskinan, Membangunkan Kapasiti Dan Keupayaan Kumpulan Sasar

Pengenalan

Yayasan Bina Upaya ditubuhkan pada 27 Oktober 2009 di bawah Akta Pemegang Amanah 1952. Ianya adalah sebuah wadah yang diilhamkan sendiri oleh YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak dan merupakan sebuah entiti bebas dan tidak bermotifkan keuntungan. Yayasan ini merupakan usaha perintis ke arah pembangunan kapasiti masyarakat dan pembasmian kemiskinan di Negeri Perak.

Free Template by ProBootstrap.com

Visi

Sebagai peneraju utama dalam pembasmian kemiskinan secara mampan dan holistik merentasi batasan agama, kaum dan latar belakang masyarakat.

Free Template by ProBootstrap.com

Misi

Membina upaya masyarakat berpotensi ke arah kehidupan yang berkualiti dan lestari.

Free Template by ProBootstrap.com

Moto

Bersama kami membantu mereka

Objektif

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan beriltizam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memastikan keberkesanan sistem pengurusan bagi mencapai objektif kualiti berdasarkan perkara-perkara berikut

Membangunkan masyarakat melalui program pembiayaan dan pengupayaan meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan negeri Perak.

Melahirkan usahawan yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.

Memupuk semangat sukarelawan dalam mendorong aspirasi generasi baru yang positif.

Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.

Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.

Hubungi Kami

  • E-mel admin@yayasanbinaupaya.com
  • Telefon 05 – 255 5945 / 5946
  • Faks 05 – 255 5941
  • Malaysia Alamat Aras D-2-1,Greentown Square,
    Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
    Ipoh, Perak Darul Ridzuan 30450,
    Malaysia